TERMA & SYARAT


CARA MEMBUAT PESANAN


A - Pihak pelanggan diminta mengisi 'Order Form' yang telah disediakan dan hantar  
     kepada Q'd Muslimah dengan menyatakan butiran berikut & SMS kepada kami di 
     017-344 4712.


      i)    Nama
      ii)   Alamat
      iii)  No. Telefon
      iv)  E-mel
      v)   Kod Produk / barangan pilihan pelanggan
      vi)  Kuantiti
      vii) Cara Bayaran yang akan dibuat


B - Setelah mendapat pesanan e-mel dari pihak pelanggan, pihak Q'd Muslimah 
     akan menghantar invoice ke alamat e-mel pihak pelanggan.


C - Pihak pelanggan perlu membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam dari tarikh & 
     masa invoice diterima dari pihak Q'd Muslimah. Selepas bayaran dibuat, 
     pelanggan perlu maklumkan kepada kami melalui cara yang telah ditetapkan.


     p/s : Sila baca Terma & Syarat sepenuhnya.


D - Setelah mendapat makluman mengenai bayaran, pihak Q'd Muslimah akan 
      membuat pengeposan barang dalam tempoh 3 hari bekerja.




CARA PEMBAYARAN DIBUAT


Sila buat pembayaran anda ke Akaun Maybank

162272668924 - Nurul Azura Binti Abdul Rahman



A -  Jika anda bayar menggunakan Online banking seperti Maybank2u dan lain-lain,SILA
      LETAK EMAIL: qdmuslimah@yahoo.com PADA recipient’s email yang 
      terdapat di ruangan online banking.


Jika anda membayar menggunakan AKAUN ORANG LAIN, sila beritahu kami nama penuh akaun pembayar semasa pengesahan pembayaran.


B – Jika anda menggunakan mesin cash deposit atau anda membayar di kaunter bank, SILA
     SCAN ATAU MMS gambar resit pembayaran kepada kami. No telefon akan kami beri 
     semasa menghantar invoice.


Jangan sesekali tindih tulisan bank dengan pen atau pensel. Ini juga akan membuatkan resit itu tidak valid pada kami.

C – Jangan lupa, lepas sahaja membuat bayaran, EMEL KAMI SEMULA untuk membuat
     pengesahan atas pembayaran anda. Kegagalan anda untuk tidak mengesahkan 
     pembayaran, membuatkan kami TIDAK DAPAT PROSES untuk pengeposan barang.


D – Kami akan memberi anda Tracking Number pada email atau SMS di no. telefon anda,
     selepas pengeposan dibuat. Jika tiba-tiba barang yang anda order tiada atau rosak, 
     kami BERHAK mengembalikan duit anda semula atau menukar item dengan persetujuan 
     kedua belah pihak.






PENUKARAN ITEM


A- Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
     i) rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak)
     ii) pihak Q’d Muslimah tersalah pos barang


B- Kami akan meletakkan semua saiz ukuran muka pada semua tudung jika setelah anda 
    mendapat barang, dan saiz muka tidak muat atau saiz body tudung terlalu kecil, kami
    tidak akan memulangkan duit atau membuat sebarang penukaran kerana setiap kali anda 
    membeli, anda sepatutnya telah baca ukuran yang kami berikan dan juga telah setuju 
    dengan terma dan syarat Q’d Muslimah.


C- Jika ada item yang rosak atau pihak kami tersalah pos, kami akan membayar kepada 
    anda kos pengeposan dari pihak anda dan kami akan menanggung kos di pihak kami 
    juga.


  


Bukti Bayaran Maybank2u


A- Jika anda pengguna Maybank2u, ada ruangan email untuk penerima. Ditulis di ruangan 
    maybank2u (recipient's email)


RECIPIENT'S EMAIL - Ini adalah ruangan di mana pembeli WAJIB meletakkan email 
qdmuslimah@yahoo.com setiap kali pembelian. Bukan meletakkan email anda di sini.


Selepas anda meletak email kami pada ruangan tersebut, kami akan mendapat M2U NOTIFICATION dari pihak maybank. Perlu diingatkan, M2U NOTIFICATION ini hanya digunakan sebagai bukti yang anda telah bayar, dan anda tidak perlu bagi kami PRINT SCREEN LAGI.


TETAPI, walaupun anda telah letak email kami pada ruangan tersebut, ANDA PERLU membuat pemberitahuan bayaran (confirmation payment) dengan cara email kami sekali lagi mengatakan ANDA telah selesai membuat pembayaran.


Contoh:  'SAYA SUDAH MEMBUAT PEMBAYARAN DAN MELETAKKAN EMAIL Q’d Muslimah SEMASA PAYMENT. DIHARAP Q’d Muslimah DAPAT CEK. TQ!


Ini adalah cara paling simple selepas anda membuat pembayaran. 


Kami mohon supaya letakkan email kami semasa pembayaran untuk mengelakkan kesulitan semasa membuat tempahan. 


Untuk yang membuat cash deposit, boleh SCAN atau MMS KAMI bukti pembayaran. Pastikan bukti itu JELAS, TERPAMPANG NO AKAUN, AMOUNT TRANSFER, MASA DAN JUGA TARIKH PEMBAYARAN.






SELEPAS MENDAPAT TRACKING NO


A- Pembeli seharusnya mengetahui dan faham bahawa selepas saja peniaga online
    memberi tracking no, Pos Malaysia dan pihak pembeli yang harus bertanggungjawab jika
    ada sebarang kehilangan, barang tidak dapat lagi dan sebagainya.


B- Pembeli online harus menerima risiko bahawa item yang dipos berkemungkinan hilang 
    atau rosak disebabkan kecuaian pihak Pos Malaysia.


C- Tetapi anda tidak perlu risau, pihak qdmuslimah akan tolong anda untuk trace item 
    anda. Kadang-kadang item telah sampai ke tempat pembeli, tetapi pada masa Posmen
    hantar item, pihak pembeli tiada di alamat yg ditulis.


Perlu juga ingat, kadang-kadang pihak Posmen, tidak akan meletakkan notis bahawa mereka telah sampai ke rumah anda tetapi anda tiada. 


Jika item hilang, atau rosak, pembeli ada kuasa untuk meminta ganti rugi daripada POS MALAYSIA dan mereka seharusnya mengembalikan duit anda dengan kadar segera.


Jika barang tidak sampai bukan disebabkan kami tidak bagi tracking no, anda HARUS cek dengan Pos Malaysia dahulu. Jika Pos Malaysia mengatakan no track tiada dalam sistem/pengirim harus contact pos malaysia, barulah anda email kami untuk pengesahan. 


Di bawah ialah info Customer Service Pos Laju untuk anda buat semakan jika barang yang dihantar (anda telah dapat tracking no) tidak sampai lagi kepada anda:


For more information, please contact :


Customer Care Department
Level 6 , Pos Malaysia Headquarters 
Dayabumi Complex 
50670 Kuala Lumpur 


Operating Hours    : 8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
                             (except 1st Saturday of the month and Public Holiday )
Fax                      : 03-2727 9200
E-mail                 : care@pos.com.my


Pos Malaysia PosLine : 1 300 300 300




Di bawah ini ialah link untuk anda trace parcel anda:


POS LAJU: http://202.185.150.100/emstrack/
POS REGISTER/DAFTAR: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_registered_mail.asp
POS BUNGKUSAN/PARCEL: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_e_parcel.asp
POS EKSPRESS: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail.asp


Selain pos laju, pos register/parcel/ekspress selalu tidak update dalam sistem pos malaysia.


Jika kami tidak beri anda tracking no, barulah anda email kami untuk pengesahan penghantaran.



No comments:

Post a Comment